Fahami Cara Kerja Shift di Malaysia
Kerja shift merupakan satu konsep yang semakin biasa dalam pelbagai industri di Malaysia. Ia diguna pakai untuk semua status pekerjaan dari pekerja tetap, pekerja separa masa sehingga pekerja kontrak.
Jadi artikel kali ini akan membincangkan tentang kerja shift, jenis-jenis shift yang biasa diamalkan syarikat di Malaysia, kelebihan dan kekurangannya, serta impak kerja shift kepada pekerja.
Apa Itu Kerja Shift?
Kerja shift merujuk kepada jadual kerja yang dibahagikan kepada beberapa bahagian dalam sehari. Ia bermakna waktu bekerja tidak tertumpu kepada waktu pejabat biasa (9 pagi hingga 5 petang) tetapi boleh berlangsung pada waktu malam, awal pagi, atau hujung minggu.
Kerja shift sering diamalkan dalam industri seperti perkilangan, kesihatan, perkhidmatan pelanggan, dan keselamatan. Antara jenis jadual kerja shift yang biasanya diamalkan adalah seperti berikut:
- Shift Pagi (Morning Shift): Biasanya bermula dari pukul 7 pagi hingga 3 petang
- Shift Petang (Evening Shift): Dari pukul 3 petang hingga 11 malam
- Shift Malam (Night Shift): Bermula dari pukul 11 malam hingga 7 pagi
- Shift Bergilir (Rotational Shift): Pekerja akan bergilir mengikut jadual yang ditetapkan oleh majikan, mungkin berubah setiap minggu atau bulan
Kelebihan dan Kekurangan Kerja Shift
Ramai pekerja mungkin mahu mengelak daripada bekerja shift tetapi mungkin ada yang tidak tahu jadual waktu kerja ini terdapat kelebihannya tersendiri. Berikut adalah beberapa kelebihan kerja shift di Malaysia.
- Fleksibiliti Masa: Kerja shift memberi peluang kepada pekerja untuk mengurus masa mereka dengan lebih fleksibel. Ini memudahkan mereka mengimbangi antara kerja dan kehidupan peribadi
- Kadar Gaji Lebih Tinggi: Sesetengah majikan menawarkan bayaran lebih tinggi untuk kerja shift malam atau hujung minggu, sebagai insentif kepada pekerja
- Peningkatan Peluang Pekerjaan: Industri yang beroperasi 24 jam, seperti hospital dan kilang, memerlukan pekerja shift untuk memastikan operasi berjalan lancar sepanjang masa
Disebalik kelebihan jadual kerja shift, terdapat juga beberapa kelemahan ketara yang tidak dapat dielakkan. Antara kelemahan pada kerja shift ini adalah seperti di bawah.
- Kesihatan dan Kesejahteraan: Pekerja shift malam mungkin menghadapi masalah kesihatan seperti gangguan tidur, keletihan, dan risiko penyakit kronik.
- Kehidupan Sosial Terjejas: Waktu kerja yang tidak menentu boleh menjejaskan kehidupan sosial dan hubungan kekeluargaan, kerana pekerja mungkin bekerja ketika orang lain bercuti atau berehat.
- Tekanan Kerja: Perubahan jadual kerja yang kerap boleh menyebabkan tekanan mental dan fizikal, memerlukan pekerja untuk sentiasa menyesuaikan diri dengan jadual baru.
Impak Kerja Shift kepada Pekerja
Kerja shift mempunyai kesan yang ketara kepada pekerja dari segi fizikal dan mental. Oleh itu, majikan perlu menyediakan sokongan dan kemudahan yang sesuai untuk pekerja shift, seperti kemudahan rehat, makanan yang sihat, dan program kesihatan.
Pekerja juga perlu menjaga diri dengan mendapatkan rehat yang mencukupi dan mengamalkan gaya hidup sihat. Penting untuk pekerja pastikan keseimbangan hidup-kerja (work-life balance) dapat diamalkan.
- Tetapkan Jadual Tetap: Cuba tetapkan jadual tidur yang konsisten walaupun bekerja shift. Ini dapat membantu badan menyesuaikan diri dengan perubahan jadual waktu sepanjang masa.
- Pemakanan Sihat: Makan makanan yang seimbang dan elakkan makanan berat sebelum tidur. Amalkan diet yang sihat bagi memastikan badan mendapat tenaga yang diperlukan.
- Senaman: Lakukan senaman secara berkala untuk meningkatkan tenaga dan mengurangkan tekanan. Ambil masa sekurang-kurangnya 30 minit sehari untuk lakukan senaman ringan.
Secara kesimpulannya, kerja shift memainkan peranan penting dalam memastikan pelbagai industri di Malaysia beroperasi dengan lancar. Walaupun terdapat kelebihan dan kekurangannya, dengan pengurusan yang baik, kerja shift boleh menjadi pilihan kerjaya yang menguntungkan.
Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!