Tips dan Tricks Fresh Start Dalam Company Baru

Membina career memerlukan usaha yang banyak dan kekuatan diri untuk menempuhi pelbagai cabaran. Oleh itu, proses membina career semestinya dipenuhi dengan perpisahan dan pertemuan yang silih berganti.

Antara cabaran baharu yang bakal dihadapi dalam membina career adalah memulakan kehidupan baru dalam company baru. Banyak perkara yang perlu kita lakukan untuk fit in dalam komuniti company itu supaya diterima dalam kalangan mereka.

Tambahan lagi, menyesuaikan diri dalam company boleh memberi ruang untuk kita menjalankan tugas dengan lebih baik dan efisien. Berikut merupakan tips and tricks yang boleh anda praktikkan dalam syarikat baru nanti.

1. Taaruf Dengan Rakan Kerja

Perkara utama yang perlu anda lakukan adalah dengan berkenalan dengan pekerja yang berada di company itu. Ketahui perkara asas tentang mereka dapat membantu merapatkan connection antara kita dengan mereka di tempat kerja.

Selain itu, mengenali mereka juga memberi ruang untuk kita mengetahui kelebihan mereka dalam sesuatu perihal. Di waktu yang tepat, kita boleh memanfaatkan kemahiran mereka untuk membantu di saat yang memerlukan.

2. Ketahui Tugasan dan Role Anda

Sebagai seorang yang baru bertugas, kita perlu kenal pasti tugasan dan role yang diamanahkan kepada kita. Maka, kita akan yakin dan pasti atas setiap tugasan yang dilakukan tanpa rasa ragu-ragu.

Tambahan lagi, kita akan disenangi oleh pekerja kerana menjalankan tugasan yang sepatutnya dengan baik. Sejurus dengan itu, ia membantu meningkatkan produktiviti dalam syarikat dan kalangan rakan sekerja.

3. Minta Bantuan Jika Perlu

Komponen yang sering dilupakan oleh pekerja baru adalah meminta bantuan bila perlu. Ada kalanya kita rasa segan untuk meminta pertolongan kerana takut ia boleh mengganggu pekerja lain ketika melakukan tugas mereka.

Hakikatnya, meminta pertolongan adalah cara yang terbaik untuk menyelesaikan tugasan sambil merapatkan hubungan dengan pekerja lain. Jangan malu bertanya dan terus belajar untuk improve diri kita dalam membina career yang cerah.

4. Adaptasi Dengan Budaya Syarikat

Setiap syarikat mempunyai budaya tersendiri. Sebagai orang luar, budaya mereka pasti akan kelihatan janggal. Mahupun begitu, bagi orang yang berada dalam syarikat itu, ia adalah perkara biasa.

Adalah menjadi tugas pekerja baharu untuk belajar dan blend in dalam budaya syarikat supaya tiada barrier dalam kalangan pekerja. Tambahan lagi, budaya yang berkaitan dengan kerja dapat membantu pekerja baru untuk menjadikan workflow mereka selari dengan pekerja lain.

5. Tetapkan Matlamat

Menetapkan matlamat adalah penting untuk setiap individu terutamanya bagi yang baharu saja memulakan career di tempat baru. Strategi ini boleh membantu seseorang individu untuk lebih fokus dan kekal berada di landasan yang betul.

Tambahan lagi, menetapkan matlamat memberikan target  yang jelas untuk kita mencapai dan membina achievement di sesebuah syarikat. Ia bukan sahaja bagus untuk jangka masa yang pendek, bahkan memberi impak yang besar untuk jangka masa yang panjang.

6. Bersikap Fleksibel

Fleksibiliti melibatkan keupayaan untuk menerima nasihat dan beradaptasi dengan baik. Jika majikan kita memberikan nasihat tentang cara kerja, kita perlu bersikap terbuka untuk menerima nasihat tersebut dan membuat perubahan yang bersesuaian. 

Selain itu, bersikap fleksibel juga bermaksud anda bersedia untuk belajar perkara baru dan menyesuaikan diri dengan teknologi yang digunakan oleh syarikat. Ini mungkin termasuk menggunakan aplikasi, sistem pengurusan, atau platform komunikasi baru. 

7. Initiator 

Jangan takut untuk mengambil inisiatif dalam tugas-tugas yang diberikan. Ini menunjukkan bahawa kita proaktif dan bersemangat untuk menyumbang kepada syarikat. Ambil inisiatif juga membantu kita untuk belajar lebih cepat dan mendapatkan pengiktirafan dari majikan.

Contohnya apabila ada peluang untuk menyelesaikan masalah, sampaikan idea kita kepada majikan atau team dengan berani. Dengan cara ini, setiap pihak akan mendapat benefit dan secara tidak langsung mencetuskan kemajuan dalam syarikat. 

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Kesimpulannya, memulakan career di syarikat baru memerlukan persiapan mental dan emosi. Dengan mengikuti tips dan tricks ini, harapnya kita dapat berada di landasan yang betul untuk mencapai kejayaan dalam persekitaran kerja baru.

Ingatlah bahawa setiap langkah kecil yang kita ambil hari ini akan memberi impak besar pada masa hadapan. Jika kita berikan yang terbaik, dan peluang untuk memajukan career akan sentiasa ada. Selamat maju jaya!

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!