Istilah-Istilah Kerja Yang Pekerja Perlu Tahu

Bagi fresh grad yang baru mulakan perjalanan career ke dalam alam pekerjaan mesti tidak lari daripada dengar istilah-istilah kerja yang baru dan unik. Malah, mungkin ada yang sudah berpengalaman juga masih kekok atau kurang mengetahui istilah-istilah dalam dunia kerja ini.

Memahami istilah-istilah dalam kerja ini sangat penting kepada semua sebenarnya tanpa mengira status, terutamanya yang baru memasuki pasaran kerja. Berikut merupakan beberapa istilah kerja asas yang semua pekerja perlu tahu.

  1. Kontrak Kerja

Kontrak kerja (employment contract) merupakan sebuah dokumen perjanjian kerja antara pekerja dan majikan. Ia menetapkan segala syarat dan terma pekerjaan.

  1. Gaji Pokok

Gaji pokok (basic salary) merujuk kepada jumlah tetap yang diterima oleh pekerja tanpa mengambik kira bonus atau bayaran lain seperti pembayaran kerja lebih masa.

  1. Overtime

Bayaran kerja lebih masa (overtime) merupakan pembayaran tambahan yang diberikan untuk tambahan jam kerja yang melebihi waktu kerja biasa.

  1. Annual Leave

Cuti tahunan (annual leave) merupakan masa rehat yang dubayar setiap tahun kepada pekerja untuk bercuti berdasarkan kouta yang ditetapkan dalam perundangan kerja.

  1. MC

Sijil cuti sakit atau medical certificate (MC) merupakan tempoh cuti yang diberikan kepada pekerja yang sakit atau perlu hadiri temujanji perubatan dan merupakan rehat berbayar.

  1. Gaji Minimum

Gaji minimum (minimum wages) merupakan jumlah terendah yang perlu dibayar majika kepada pekerja berdasarkan penetapan undang-undang gaji Malaysia.

  1. Gaji Bulanan

Gaji bulanan (monthly wages) merupakan jumlah pembayaran upah yang diberikan pekerja oleh majikan setiap bulan dan subjek kepada potongan-potongan wajib.

  1. Penyataan Gaji

Penyataan gaji atau slip gaji (salay slip) merupakan sebuah dokumen yang menyatakan segala jumlah pembayaran gaji, potongan-potongan wajib dan pembayaran tambahan pekerja terima.

  1. Caruman Wajib

Caruman wajib (mandatory contribution) merupakan potongan-potongan wajib yang berlaku pada gaji pekerja setiap bulan.

  1. Bonus

Bonus merupakan sejumlah wang yang diberikan sebagai ganjaran kepada pekerja oleh majikan atas sebarang prestasi atau pencapaian positif.

  1. KWSP

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) atau Employees Provident Fund (EPF) merupakan sebahagian daripada potongan wajib dan untuk tujuan persaraan pekerja.

  1. PERKESO

Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) atau Social Security Organisation (SOCSO) merupakan sebahagian daripada potongan wajib dan untuk tujuan keselamatan pekerja.

  1. Kenaikan Pangkat

Kenaikan pangkat (promotion) merujuk kepada kenaikan ke jawatan lebih tinggi untuk pekerja di dalam sesebuah syarikat berdasarkan prestasi positif atau keutamaan.

  1. Tempoh Percubaan

Tempoh percubaan (probation period) merupakan tempoh penilaian yang ditetapkan syarikat kepada pekerja dan boleh berlangsung selama 3 bulan sehingga 6 bulan.

  1. Akta Kerja 1955

Akta Kerja 1955 (Employment Act 1955) merupakan buku undang-undang yang mengawal selia segala peraturan dan penetapan kerja di Malaysia.

Kesimpulannya, sebagai pekerja tanpa mengira status sama ada fresh grad atau sudah berpengalaman penting untuk memehami setiap istilah-istilah kerja yang digunakan oleh hampir semua syarikat di Malaysia.

Dengan memahami penggunaan setiap istilah-istilah ini ia dapat bantu komunikasi di tempat kerja menjadi lebih efektif dan lancar.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!