Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP Dibenarkan

Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan penstrukturan semula akaun persaraan pekerja. Kini setiap pekerja yang mencarum ke dalam KWSP akan memiliki 3 jenis akaun iaitu:

  1. Akaun Persaraan (Akaun 1) 
  2. Akaun Sejahtera (Akaun 2)
  3. Akaun Fleksibel (Akaun 3)

Ini bermakna setiap bulan caruman yang dibuat pada gaji pekerja akan dipecahkan kepada nisbah 75:15:10. Sebanyak 75% caruman akan disimpan dalam Akaun Persaraan, 15% masuk dalam Akaun Sejahtera dan baki 10% disalurkan ke dalam Akaun Fleksibel.

Melalui penstrukturan semula ini juga ia bermakna pengeluaran untuk ketiga-tiga akaun ini telah ditambah baik bagi memastikan hal kewangan pekerja yang menjadi ahli KWSP terjamin. Berikut adalah ringkasan jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan.

  • Pengeluaran Umur 50 Tahun
    • Ahli boleh mengeluarkan sebahagian simpanan apabila capai umur 50 tahun sebagai persediaan awal untuk persaraan.
    • Tujuan pengeluaran untuk menyelesaikan hutang, melabur dalam perniagaan dan merancang perbelanjaan persaraan awal.
  • Pengeluaran Umur 55 Tahun
    • Ahli boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan apabila capai umur 55 tahun dan merupakan pengeluaran penuh simpanan untuk kegunaan persaraan.
    • Tujuan pengeluaran untuk menyokong kehidupan persaraan, melabur dalam hartanah atau perniagaan dan menyelesaikan hutang tertunggak.
  • Pengeluaran Umur 60 Tahun
    • Ahli boleh mengeluarkan keseluruhan simpanan apabila capai umur 60 tahun dan merupakan usia persaraan wajib di Malaysia.
    • Tujuan bagi menyokong kehidupan selepas persaraan, menampung kos perubatan dan melakukan aktiviti yang diingini.
  • Pengelauran Kesihatan
    • Untuk menampung kos rawatan perubatan ahli atau ahli keluarga yang mengalami penyakit kritikal.
    • Tujuan pengeluaran untuk pembayaran bil hospital, pembelian ubat-ubatan dan rawatan pembedahan atau tetapi.
  • Pengeluaran Pendidikan
    • Untuk digunakan bagi membiayai yuran pengajian ahli atau anak di institusi pendidikan yang diiktiraf.
    • Tujuan pengeluaran untuk membayar guran pengajian, kos pembelian buku dan peralatan pembelajaran, penginapan dan perbelanjaan harian.
  • Pengeluaran Perumahan
    • Ahli boleh membuat pengeluaran untuk membeli atau membina rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan atau menebus balik rumah lelong.
    • Tujuan pengeluaran untuk pembayaran pendahuluan rumah, mengurangkan baki pinjaman perumahan, membina atau mengubahsuai rumah.
  • Pengeluaran Hilang Upaya
    • Ahli yang tidak mampu bekerja kerana hilang upaya boleh membuat pengeluaran keseluruhan simpanan untuk menampung kehidupan seharian.
    • Tujuan pengeluaran untuk menyokong hidup selepas hilang upaya, membiayai rawatan perubatan atau pemilihan dan membeli peralatan sokongan.
  • Pengeluaran Kematian
    • Pengeluaran untuk waris ahli yang telah meninggal dunia bagi menampung kos pengebumian dan perbelanjaan berkaitan.
    • Tujuan pengeluaran untuk biayai kos pengebumian, menyelesaikan hutang tertunggak ahli dan menyokong kewangan waris ahli.
  • Pengeluaran Meninggalkan Negara
    • Ahli yang ingin berhijrah dan tinggalkan Malaysia boleh keluarkan keseluruhan simpanan KWSP
    • Tujuan pengeluaran bagi membiayai kos perpindahan, menyokong kehidupan di negara baru dan melabur dalam perniagaan atau hartanah di luar negara.
  • Pengeluaran Fleksibel
    • Ahli yang belum capai umur 55 tahun boleh membuat pengeluaran daripada Akaun Fleksibel dengan had amaun pengeluaran minimum RM50
    • Tujuan pengeluaran bagi menyokong perbelanjaan harian, melabur dalam peluang perniagaan dan menampung kos perubatan.
  • Simpanan Melebihi RM1 Juta
    • Ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1 juta dibenarkan untuk membuat pengeluaran dan menguruskan dana mereka secara fleksibel.
    • Tujuan pengeluaran adalah untuk memberi kebebasan pelaburan, pengurusan kewangan persaraan dan potensi pulangan pelaburan.

Dengan pelbagai jenis pengeluaran yang disediakan oleh KWSP ini, setiap ahlinya dapat menggunakan simpanan mereka untuk penuhi pelbagai keperluan sepanjang kehidupan. Ini memberikan fleksibiliti dan sokongan kewangan yang penting dalam masa kritikal.

Sebarang maklumat lanjut mengenai pengeluaran daripada akaun-akaun KWSP boleh dibuat terus pada laman web rasmi KWSP sendiri.

Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!