Tips Jawab Soalan ‘How Do You Work Under Pressure’

Setiap pekerja pasti memiliki pengalaman menghadiri sesi interview. Tidak kira ketika memohon jawatan sebagai fresh grad ataupun sudah memilik pengalaman bekerja berpuluh tahun, pasti tidak boleh lari daripada debaran menghadiri interview.

Dan antara soalan-soalan interview yang ‘hot’, selalu ditanya adalah kepada calon pekerja adalah; ‘bagaimana anda bekerja di bawah tekanan?’ atau ‘how do you work under pressure?’. Jadi artikel kali ini akan berkongsi tips menjawab soalan tersebut secara professional.

Tujuan Soalan ‘How Do You Work Under Pressure?’

Pada asasnya bahagian sumber manusia (HR) atau perekrut tanyakan soalan ‘how do you work under pressure’ ini adalah untuk melihat cara pekerja memberi respon terhadap terkenan. Ia juga bertujuan untuk melihat cara pekerja tangani tekanan ketika sedang bekerja.

Perlu difahamkan bahawa untuk soalan seperti ini tiada jawapan yang betul atau salah. Ia juga tiada format jawapan yang tepat dan skema jawapan khas untuk setiap company. Ini bermakna cara menjawab soalan ini seratus peratus kepada diri pekerja itu sendiri.

Namun, terdapat beberapa tips yang boleh digunakan pekerja dalam mempersiapkan diri sebelum menjawab soalan ‘how do you work under pressure’ ini. Antara tips yang boleh diamalkan adalah seperti berikut:

  • Guna Kaedah STAR

Kaedah STAR ini merujukan kepada situation (situasi), task (tugasan), action (tindakan) dan result (keputusan). Dengan menggunakan cara ini anda boleh beri contoh situasi menghadapi tekanan kemudian menerangakan bagaimana ia memberi kesan kepada tugasan.

Seterusnya, anda perlu berikan satu tindakan solusi dan menekankan apakah keputusan akhir selepas mengambil langkah penyelesaian tersebut. Perlu diingatkan setiap kerja berbeza dan memiliki tekanannya tersendiri jadi jangan jawab secara general.

  • Menjawab Dengan Jujur

Memberikan satu jawapan yang jujur tidak menjadi kesalahan. Sebagai pekerja fresh grad anda boleh berlaku jujur dengan mengatakan tiada pengalaman dalam mengendalikan situasi tekanan di tempat kerja dan memberikan jawapan cara bagaimana anda sendiri hadapi stress.

Bagi pekerja yang memiliki pengalaman pula dinasihatkan untuk berlaku jujur dan menjawab soalan dengan cara anda tangani tekanan dalam kerja sebelumnnya. Tekankan end result berbanding situasi kerana perekrut ingin tahu bagaimana bukan apa punca tekanan.

  • Menjawab Dengan Tenang

Satu lagi tips penting untuk menjawab soalan ‘how do you work under pressure’ adalah dengan menjawabnya dalam keadaan tenang. Penting untuk anda bertenang dan mencerna soalan sebelum memberikan jawapan.

Perlu diingatkan bahawa jawapan kepada soalan ini tiada betul atau salah. Jadi ambil masa untuk berfikir dengan tenang. Jika perekrut mahukan jawapan susulan, jangan panik dan ambil masa untuk berfikir solusi kepada cara anda hadapi stress.

  • Terangkan Kelebihan Diri

Jangan takut untuk up-sale kelebihan diri dalam menjawab soalan ‘how do you work under pressure’ ini kerana ia juga merupakan peluang untuk anda untuk tonjolkan skill bekerja di bawah tekanan.

Andai anda tiada pengalaman atau kelebihan bekerja di bawah tekanan, boleh cuba mereka satu situasi dan fikirkan apakah kelebihan yang anda perolehi untuk bantu diri bekerja di bawah tekanan.

  • Jangan Mengelak Soalan  

Sama seperti mana-mana soalan interview lain anda dinasihat untuk tidak cuba mengelak daripada menjawab. Hal ini kerana setiap soalan diberi adalah untuk menilai kemahiran anda berfikir penyelesaian masalah (problem solving).

Cuba sebaik mungkin untuk menjawab soalan yang ditanya dengan berfikiran logik dan memberikan gambaran situasi. Perlu ditekankan bahawa setiap soalan dalam interview tiada salah atau betul, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. 

Bersedia Untuk Bekerja? Jom Apply Dengan MySyarikat JOBS Sekarang

Seperti dikatakan awal lagi jawapan kepada soalan ‘how do you work under pressure?’ tiada salah atau betul, semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Perkara paling penting adalah untuk anda berikan jawapan yang memilik end-result yang baik dan menguntungkan kedua-dua pihak.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!