Tips Tulis Email Macam Profesional Untuk Mohon Kerja
Semasa dalam proses memohon kerja, terutama zaman sekarang yang banyak dilakukan secara online pekerja akan diminta untuk menghantar application menerusi email. Ia merupakan standard kebiasaan yang diamalkan oleh kebanyakan syarikat.
Kaji terbaru mendapati bahawa cara pekerja menghantar email kepada perekrut kini turut memainkan peranan dalam menentukan sama ada dapat kerja atau tidak. Hal ini kerana cara seseorang menulis dapat mengambarkan keperibadian diri.
Asas Menulis Email Permohonan Kerja
Sebenarnya tiada perbezaan diantara cara menulis email biasa dengan email permohonan kerja. Format penulisan apabila melibatkan email ini adalah profesional dan ringkas atau straight to the point.
Bagi yang yang tidak tahu penulisan di dalam email adalah sama dengan format penulisan surat rasmi, dan perbezaannya adalah pada cara ia dihantar sahaja. Email dihantar secara elektronik manakala surat rasmi dihantar fizikal.
Berbalik kepada topik asal, antara format asas dalam menulis email tidak kira sama ada untuk urusan rasmi ataupun casual adalah seperti berikut:
- Tajuk Email
- Kata-kata Salutasi (Salutation)
- Sebab Menulis Email
- Perkenalkan Diri
- Isi Email
- Lampiran Dokumen (jika ada)
- Kata-kata Penutup
- Tandatangan Penghantar Email
Perlu diingatkan di sini bahawa jika email tersebut dihantar kepada beberapa orang dalam satu masa, adalah dinasihatkan untuk mengisi ruang ‘CC’ pada email dengan menyertakan handle name email individu itu.
Selain itu, jika melampirkan sebarang dokumen pada email adalah baik untuk menghantarnya dalam bentul mudah dibaca dan universal seperti format PDF bagi dokumen, JPEG bagi gambar atau MP4 bagi kandungan bervideo.
Contoh Tulis Email Permohonan Kerja
Seperti dikatakan sebelum ini format email adalah sama untuk semua tujuan, namun terdapat beberapa perbezaan dalam menghantar email permohonan kerja kepada rekruter. Perlu diingatkan bahawa penggunaan bahasa dalam email perlu professional tetapi ringkas.
Cara terbaik untuk menulis email permohonan kerja kepada rekruter adalah seperti berikut:
Subject : (Nama Pekerja – Jawatan Dimohon)
Salutation : (Dear Mr./Mrs./Sir./Madam. atau nama penerima jika tahu)
First Paragraph : (Perkenalkan diri secara ringkas dan tujuan menghantar emel)
Second Paragraph : (Ceritakan kelayakan diri dan pitch kelebihan diri berdasarkan jawatan yang dimohon)
Third Paragraph : (Maklumkan mengenai lampiran dokumen dan kata-kata penutup)
Closing : (Ucap terima kasih dan letakkan kata-kata salutasi penutup seperti ‘Sincerely’)
Signature : (Letak tandantangan atau nama penuh penulis)
Tips Tulis Email Permohonan Kerja
Dalam penulisan email terdapat pantang larangnya tersendiri sama seperti menulis surat rasmi lain. Perkara yang paling penting untuk diingati adalah untuk elak daripada menggunakan bahasa perbualan dalam email lebih-lebih lagi jika dalam urusan rasmi.
Antara tips penulisan email permohonan kerja yang nampak professional adalah,
- Double-check Ejaan
Pastikan anda selalu semak semula ejaan dalam penulis email kerana jika terdapat kesalahan ia mengambarkan bahawa anda seorang yang tidak teliti atau seorang yang menghantar sahaja asalkan ada.
- Sediakan Dokumen dalam Format Betul
Pastikan anda sertakan dokumen pada format yang betul. Tentunya ada tidak mahukan usaha membuat resume yang padu tidak dapat dilihat oleh rekruter kerana gagal untuk dibuka. Gunakan format universal yang semua orang boleh akses.
- Pilih Subject Emel Yang Jelas
Subjek pada email sangat memainkan peranan dalam menentukan sama ada anda dapat kerja atau tidak. Ini kerana perkara pertama yang dilihat rekruter semasa buka email adalah subjek jadi pastikan tajuknya staright to the point dan menarik perhatian.
- Guna Salutasi Betul
Kata-kata salutasi pada email mungkin nampak seperti tidak relevant tetapi ia sebenarnya mainkan peranan yang cukup besar dalam menunjukkan anda seorang yang professional. Salutasi tidak perlu hebat cukup sekadar ‘Dear Recruiter’ atau ‘Dear Hiring Manager’.
- Isi Emel Ringkas Tapi Padat
Akhir sekali pastikan isi pada email jelas dan ringkas tetapi padat dengan maklumat-maklumat yang boleh tarik perhatian rekruter. Pastikan baris ayat pada setiap perenggan tidak lebih dari 4 baris untuk memudahkan rekruter membaca.
Cari Kerja Idaman Anda Di MySyarikat JOBS Sekarang
Kesimpulannya, penting untuk semua orang belajar cara tulis email secara professional dengan betul tidak kira sebagai pekerja atau majikan. Menguasai asas dalam penulisan email ini dapat membantu pekerja terutama mendapatkan pekerjaan yang diidam-idamkan.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja!
Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!