Cara Tukarkan Hobi Anda Jadi Career

Mempunyai hobi boleh mendatangkan pelbagai faedah kepada diri seperti mempelajari ilmu yang baru. Selain itu, hobi juga boleh diasah untuk dijadikan sebagai skill yang boleh dimanfaatkan kegunaannya dalam bidang pekerjaan. 

Terdapat sesetengah hobi yang boleh menjana pendapatan, seterusnya membuka peluang untuk membina career dalam bidang profesional. Tidak dilupakan juga terdapat skill yang diperlukan syarikat boleh dicapai melalui hobi.

Dari Hobi Ke Career

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis hobi yang boleh kita pilih, dan setiap hobi itu memiliki kelebihan tersendiri. Selain daripada mengisikan masa lapang, memiliki hobi juga boleh mendatangkan manfaat kerja kepada kita seperti:

Fotografi

Skill fotografi merupakan antara kemahiran yang hampir semua orang miliki, malah kini ramai yang suka mengambil gambar sebagai hobi dan ada juga yang mulakan career sebagai jurugambar.

Ada sesetengah mungkin menganggap hobi fotografi ini mahal kerana memerlukan kos kelengkapan yang tinggi, namun ia boleh dijadikan satu bentuk investment  jangka panjang dan ada juga yang mulakan career dengan menggunakan telefon sahaja.

Jika anda seorang yang suka mengambil gambar, boleh explore hobi seni fotografi ini dengan menangkap gambar di majlis-majlis perkhawinan kemudian post di media sosial sebagai permulaan untuk mencari client.

Penulis

Sama seperti skill fotografi tadi, kemahiran penulisan juga boleh dimanfaatkan untuk jadi sebuah career sebagai penulis blog, penulis surat khabar, penulis berita, penulis skrip dan penulis kandungan media. 

Mungkin ramai yang tidak aware sebenarnya banyak syarikat sangat mencari penulis, lebih-lebih lagi penulis kandungan dan pemasaran bagi meningkatkan kesedaran digital (digital awareness) produk kepada pelanggan.

Oleh itu, jika anda memiliki hobi dalam menulis ia boleh dimanfaatkan untuk membina career. Tidak dilupakan juga hobi penulisan ini tidak perlukan kos yang banyak sebaliknya hanya memerlukan kreativiti anda dalam bentuk perkataan sahaja.

Pereka Grafik

Permintaan kepada pereka grafik semakin hari semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan perkembangan teknologi yang memaksa bisnes untuk mengukuhkan branding diri dalam arena digitalisasi supaya tidak ketinggalan.

Maka tidak hairan ramai perekra grafik, yang selama ini mulakan hanya sekadar hobi mula mencipta career dengan kemahiran yang mereka miliki. Ada yang menjadi pereka grafik secara freelance dan ada juga yang in-house.

Jika anda seorang yang kreatif, memiliki kemahiran grafik atau animasi yang tinggi boleh cuba explore hobi ini. Bermula dengan hanya paparkan gambar di media sosial untuk pasarkan diri kemudian perlahan-lahan cari client apabila portfolio sudah kukuh.

Kumpul Gajet

Hobi mengumpul barang dalam niche tertentu adalah kebiasaan seperti mengumpul stem, kasut, barangan permainan, alat-alat musik, peralatan elektronik dan sebagainya. Mereka yang memiliki hobi ini biasanya dipanggil sebagai collector.

Terutamanya bagi barang elektronik ia sering menjadi salah satu kategori utama kepada collector memburu item yang rare, berharga dan klasik. Maka, jika dipamerkan di khalayak ramai, ia pasti akan dapat sambutan yang hangat. 

Ini secara tidak langsung membuka peluang kepada orang yang mengumpul gajet lama dan yang terkini menghasilkan pendapatan dengan mengulas tentang item mereka di platform media sosial atau menjualnya semula di pasar karat. 

Edit Video

Sama seperti orang yang mempunyai hobi dalam graphic design, mereka yang berminat untuk menyunting video (video editing) mempunyai peluang untuk kembangkan hobi ini menjadi sebuah career.

Tutorial di internet sudah cukup untuk dijadikan panduan. Kita boleh belajar dari skill edit video yang mudah hingga ke peringkat yang profesional. Tidak perlu menghadiri kelas berbayar dan secara tidak langsung mengurangkan kos perbelanjaan kita. 

Kebanyakan syarikat kini sangat mementingkan online pressence lebih-lebih lagi dalam membentangkan diri secara digital. Maka, tidak hairan ramai penyunting video yang selama ini buat sekadar hobi berjaya menjana pendapatan melaluinya.

Memasak

Memasak adalah kemahiran essential semua orang ada, tetapi wujud juga mereka yang sangat gemar memasak dan menjadikannya sebagai hobi. Daripada resipi masakan mudah sehingga masakan tradisional, semuanya memerlukan kemahiran.  

Maka, tidak hairan ramai yang mengambil peluang dengan kemahiran masakan yang ada untuk menjana pendapatan dengan menjadi chef, membuka restoran atau menjalankan perniagaan kecil-kecilan.

Mengambil contoh influencer masakan seperti Khairul Aming yang mulakan career beliau sebagai hobi dengan post resipi masakan di media sosial sahaja awalnya. Kini beliau berjaya kembangkannya sehingga memiliki perniagaan sendiri.

Kembangkan Career Anda Dengan MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, pilihlah hobi yang dapat mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kita. Ingatlah bahawa kemahiran tinggi dalam satu bidang amat diperlukan dan ia boleh membuka peluang kepada perkembangan career.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja sudah tiba masanya untuk gunakan MySyarikat JOBS. Dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja kini hanya di hujung jari anda sahaja! 

Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja. Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!