Strategi Tangani Konflik Di Tempat Kerja
Konflik dan masalah di tempat kerja adalah 2 perkara yang tidak dapat dielakkan. Ia sentiasa tercetus dalam kehidupan seharian kita sama ada bersama rakan, keluarga atau dengan mana-mana kenalan lain.
Terutamanya di pejabat, konflik umpama time bomb yang sensitif terhadap sebarang rangsangan. Satu masalah kecil boleh mencetus ketidakpuasan hati, kekecewaan, ketidakselesaan, kesedihan dan kemarahan yang boleh merosakkan dinamik kerja.
Lebih-lebih lagi dalam dunia pekerjaan kini yang mementingkan diversity di tempat kerja, perbezaan latarbelakang budaya dan pendidikan termasuk sudut pandangan boleh menjadi faktor kepada tercetusnya konflik jika tidak diuruskan dengan betul.
Amalan Terbaik Tangani Konflik Di Tempat Kerja
Seperti yang dikatakan awal tadi konflik boleh tercetus dengan mudah, dan hampir mustahil untuk mengelaknya dalam kehidupan seharian kita. Apabila konflik ini tercetus penting untuk tanganinya dengan cara yang betul.
Ingat, tujuan untuk menyelesikan konflik terutama di tempat kerja adalah bagi melindungi dinamik kerja yang terjalin. Pastinya anda tidak mahu bermasam muka atau tidak bertegur sapa dengan rakan sekerja sepanjang bekerja dalam syarikat.
Oleh itu penting untuk kita belajar cara tangani konflik di tempat kerja. Tidak kira jawatan sebagai pihak atasan mahupun pekerja biasa, mengetahui cara untuk deal dengan konflik sangat penting. Ini beberapa strategi dalam menangani konflik di tempat kerja.
- Nilai Keadaan
Langkah pertama dalam menangani mana-mana konflik terutamanya di tempat kerja adalah untuk menilai tindakan atau tingkah laku yang menjadi pencetus kepada masalah. Sama ada berpunca daripada diri sendiri atau orang lain, penting untuk menerima hakikat kedua-dua pihak ada melakukan kesalahan.
- Kenal Pasti Sumber Masalah
Selepas menilai keadaan yang menjadi pencetus kepada konflik tersebut, sudah tiba masa untuk kenal pasti sumber kepada masalah. Boleh jadi sumber masalah itu datang secara fizikal atau emosi, tetapi penting untuk kita menganggap ia sebagai satu benda remek. Jika perkara itu remek pasti tidak menjadi masalah.
- Lakukan Perbincangan Secara Peribadi Jika Perlu
Ambil masa untuk membincangkan masalah yang dikenal pasti. Di sini, untuk mengelakkan daripada perbalahan terus berlaku seelok-eloknya lantik seorang perunding. Cari perunding yang tidak menyebelahi mana-mana pihak. Jika perlu perbincangan itu boleh dibuat secara peribadi diantara 2 pihak berbalah dan perunding itu sahaja.
- Dengar Apa Yang Ingin Disampaikan
Perkara yang paling crucial dalam membincangkan masalah adalah untuk kedua-dua belah pihak perlu jadi active listener dan mendengar apa yang ingin disampaikan. Turunkan ego masing-masing dan dengar dengan minda terbuka. Ingat, setiap pihak pasti ada melakukan masalah jadi penting untuk mengakuinya.
- Cari Titik Penyelesaian
Akhir sekali apabila menguruskan konflik, cari satu titik penyelesaian yang win-win diantara kedua-dua belah pihak. Objektif untuk cari titik penyelesaian ini adalah untuk memastikan konflik yang tercetus tidak akan berulang lagi. Jadinya kedua-dua belah pihak mesti turunkan ego masing-masing dan cuba capai kesepakatan.
Matlamat Tangani Konflik Adalah Penyelesaian, Bukan Rawatan
Suka diingatkan di sini bahawa matlamat utama dalam menguruskan konflik adalah mencari penyelesaian, bukannya ingin merawat luka-luka yang terjadi akibat daripada perbalahan. Pihak ketiga yang menjadi perunding mesti berlaku adil dalam membantu capai penyelesaian.
Ini bermakna tidak kira sama ada konflik tercetus antara pekerja dengan pekerja, pekerja dengan boss, pekerja dengan pihak pengurusan, pihak pengurusan dengan boss atau pekerja dengan pelanggan sekali pun perunding perlu pastikan penyelesian tersebut dicapai dalam keadaan aman dan adil.
Kerja Yang Sesuai Menanti Anda Di MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, setiap masalah ada penyelesaiannya. Perkara paing penting sekali dalam menyelesaikan konflik ditempat kerja adalah berbincang dan cari penyelesaian yang win-win. Anda mesti tidak mahu dinamik kerja terganggu kerana bermasam muka antara satu sama lain.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja baru yang best-best kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!