Tips Untuk Fresh Grad Mudah Dapat Kerja

Semestinya, cabaran utama yang fresh grad akan tempuhi adalah berkaitan dengan kesukaran untuk mendapatkan kerja. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tiada pengalaman bekerja sebelum ini.

Demi mendapatkan kerja yang kita diidamkan, terdapat pelbagai steps yang kita mesti patuhi. Steps ini termasuk dari membuat resume sampailah ke masa interview nanti.  Nak tahu steps itu? Mari explore bersama!

Strategi Mencari Kerja

 1. Buat Semakan

Ketika memulakan pencarian syarikat untuk memohon kerja, kita haruslah membuat semakan terlebih dahulu. Kerana kita perlu tahu kesesuaian company itu dengan diri kita. Jika terdapat perkara-perkara yang tidak menyenangkan, kita boleh mengelak dari awal.

Selain daripada itu, fungsi untuk kita buat semakan atas syarikat ini adalah bagi mempersiapkan diri dengan informasi tentang syarikat tersebut. Pelajari dan fahami cara syarikat itu menjalankan bisnes untuk membuat diri menjadi familiar dengan company tersebut.

2. Confident Ketika Interview

Ramai akan tersalah faham apabila dengar tentang confident ini. Confident di sini bukanlah bermaksud kita mesti bercakap dengan nada bangga atau bercakap dengan kuat. Kalau kita teruskan buat begitu ketika interview, confirm tidak akan dapat kerja itu. 

Akan tetapi confident dalam konteks ini adalah kita berbicara dengan pengetahuan yang kita ada. Kerana itulah, membuat semakan seperti di poin atas amat penting. Majikan pasti akan kagum jika kita tahu apa yang kita cakap dan bukan borak kosong sahaja. 

3. Networking

Tambahan pula, networking memberikan advantage yang sangat banyak seperti mendapat informasi daripada orang dalam. Jadi, kita boleh menggunakan informasi itu untuk membantu diri kita mendapatkan kerja.

Selain itu, networking juga sangat membantu untuk orang yang melakukan freelance. Dengan ini, proses mencari client akan menjadi mudah dan akan menjadi lebih senang untuk kita membina nama sebagai pekerja solo

4. Portfolio 

Ramai yang tidak tahu faedah portfolio ini dalam mencari kerja. Malahan, ramai dalam kalangan fresh grad yang melihat portfolio ini sebagai sesuatu yang menyusahkan. Hakikatnya adalah sebaliknya kerana portfolio dapat membantu kita membina imej yang baik kepada majikan.

Misalnya, kerja-kerja yang dilakukan ketika zaman belajar di universiti boleh dijadikan sebagai bonus point untuk dinilai oleh majikan. Lebih-lebih lagi projek yang menyerlahkan kualiti yang bagus boleh menjadi sebab kita diambil kerja.

5. Layari laman mencari kerja

Pada zaman sekarang, sudah banyak laman-laman yang menyediakan kemudahan untuk memasarkan diri dalam dunia pekerjaan. Sebagai seorang fresh grad, kita perlu menggunakan kemudahan ini dengan sebaiknya.

Di samping itu, ia membolehkan untuk majikan mencari kita juga. Contohnya, profile kita akan menjadi sandaran ke atas kemahiran kita. Jadi, majikan akan berpotensi untuk memilih kita kerana mempunyai kemahiran yang mereka perlukan. 

6. Guna resume yang senang dibaca ATS 

Applicant Tracking System (ATS) adalah sistem yang membantu majikan untuk menapis calon-calon untuk diambil bekerja. ATS mempunyai cara yang tertentu untuk menilai resume yang diberi oleh calon. Maka, kita perlu design resume yang menepati cara sistem ATS berfungsi.

Resume kita tidak perlu berwarna-warni dan segala special effect tetapi cukuplah jika ia ATS friendly serta mudah untuk dinilai oleh majikan. 

7. Asah Kemahiran

Dalam dunia pekerjaan yang sangat competitive ini, kelayakan di atas kertas bukanlah segalanya, malahan majikan lebih suka untuk menilai berdasarkan kebolehan dan kemahiran seseorang itu.  

Sebagai fresh grad, kita perlu menawarkan kemahiran yang memisahkan kita daripada calon yang lain untuk pastikan diri kita dipilih. Kerana orang yang mempunyai kemahiran adalah lebih bernilai untuk syarikat. 

Penuhkan Resume dan Buat Persediaan Interview

Resume adalah sangat penting dan segala isinya perlu dipilih dengan teliti untuk memastikan majikan dapat menilai kebolehan kita sebaiknya. Jangan malas untuk meletakkan setiap perincian tentang kemahiran, kelayakan dan pencapaian kita. 

Perlu diingatkan bahawa resume ini adalah seperti kad pengenalan untuk majikan mengenali kita. Ia adalah first impression yang kita beri kepada mereka tanpa berjumpa dengan mereka. Resume yang menarik dan lengkap dapat tingkatkan kebolehan kita untuk diambil kerja dengan pantas. 

Selain itu, sebelum menghadiri interview kita perlu membuat kajian tentang syarikat. Jika di soal oleh interviewer tentang syarikat, kita boleh jawab dengan senang. Jadi, ia akan nampak seperti kita seorang yang berminat untuk bekerja dengan syarikat dan bukan saja-saja mencuba nasib. 

Akhir kata, fresh grad perlu belajar untuk keluar dari zon selesa mereka dan kuatkan diri untuk menempuhi dunia pekerjaan ini. Terutamanya dalam memulakan langkah baru semestinya sangat sukar dan perlukan semangat yang kuat. 

Semoga tips-tips ini dapat membantu kita semua untuk mendapatkan kerja yang terjamin di masa hadapan. Kuatkan semangat, sentiasa bersabar dan jangan mengalah serta terus berusaha untuk dapatkan kerja diidamkan.

Mulakan Langkah Kerjaya Anda Di MySyarikat JOBS

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari syarikat MNC atau GLC atau SME kami syorkan untuk gunakan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! 

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!