Tip Psiko Interviewer Semasa Interview
Antara tip interview yang sering dicari-cari calon pekerja adalah berkaitan cara menjawab soalan interviewer dengan betul dan ramalan soalan-soalan ‘hot’ yang selalu ditanyakan perekrut.
Tetapi tahukah anda penilaian perekrut atau pegawai sumber manusia (HR) semasa interview bermula sebelum calon pekerja itu diajukan sebarang soalan lagi. Cara anda menarik kerusi, body language, eye contact dan apa yang anda bawa semasa interview semuanya akan dinilai.
Jadinya penting untuk anda yang bakal menghadiri interview tahu cara bermain psikologi dengan interviewer bagi meningkatkan peluang untuk diambil bekerja. Ingat, first impression adalah salah satu faktor yang diambil kira dalam interview.
- Pilih Warna Yang Sesuai
Perkara pertama yang interviewer lihat pada calon adalah pemakaiannya, dan perkara pertama yang mereka nampak sebagai anda menghadirkan diri adalah warna yang dipersembahkan. Jangan sesekali ambil ringan dengan pemilihan warna dalam interview.
Semasa hadiri interview pilih warna yang terang dan ceria, elakkan daripada memakai pakaian berwarna gelap atau kusam. Hal ini kerana mengikut kajian warna yang terang dan ceria boleh mempengaruhi mood dalam sesuatu keadaan.
- Adaptasi Dengan Nada Interviewer
Bermain dengan nada dan jangan sesekali bercakap dalam monoton adalah rahsia utama untuk memikat hati interviewer. Anda tentunya tidak mahu kedengaran seperti robot apabila menceritakan tentang kelebihan diri.
Selain itu, calon pekerja juga dinasihatkan untuk beradaptasi dengan nada interviewer di mana jika perekrut dalam lingkungan usia 30-an sehingga 40-an anda perlu guna perkataan yang menunjukkan penuh rasa hormat sebaliknya jika perekrut dalam usia 20-an gunakan nada moden yang lebih dekat.
- Ambil Masa Sebelum Menjawab Soalan
Mahu beri impression yang anda seorang pendengar yang baik dan seorang critical thinker dalam satu sama? Ambil masa sekejap (pause) sebelum menjawab sebarang soalan yang diajukan.
A moment of pause ini merupakan sebuah teknik yang sangat berguna dalam menunjukkan anda seorang yang tidak tergopoh-gapah dan penuh keyakinan diri. Perlu difahamkan pause sekejap sahaja bukannya terlalu lama sehingga nampak seperti anda blur.
- Jangan Takut Untuk Tidak Bersetuju
Sungguhpun interview merupakan satu sesi temuduga yang menyaksikan dua pihak cuba mengenali antara satu sama lain, jangan takut untuk tegakkan pendirian anda terhadap sesuatu perkara yang tidak dipersetujui.
Teknik ini berkesan dalam memberi impression kepada interviewer bahawa calon pekerja memiliki pendirian dan berani untuk berkata tidak kepada perkara yang salah. Cumanya jangan berbalah dengan interviewer, anda mahu dilihat sebagai seorang berpendirian bukan kurang ajar.
- Banyakan Pergerakan Dinamik
Body language adalah perkara kedua yang diperhatikan interviewer dalam sesebuah interview. Calon pekerja yang nervous semasa interview mudah dikesan dengan gerak badan yang minimum, dan ini menggambarkan anda seorang yang tidak berkeyakinan.
Jangan takut untuk depakan tangan atau bergerak dengan penuh yakin semasa melangkah ke dalam interview. Calon pekerja yang tamil yakin selalunya menjadi pilihan walaupun portfolio biasa-biasa. Cuma nasihatnya adalah jangan terlalu yakin sehingga menggambarkan diri seperti seorang yang sombong.
Mula Hadiri Interview Dengan Mohor Kerja Di MySyarikat JOBS
Kesimpulannya, anda sebagai calon pekerja tidak perlu berasa takut semasa menghadiri interview. Ia merupakan sesi suai kenal, bukannya soal jawab yang memiliki jawapan betul atau salah.
Kunci kepada interview adalah anda sebagai calon pekerja mesti pandai membawa diri secara luaran dan dalaman supaya nampak presentable kepada bakal majikan, seterusnya menyakinan mereka untik ambil anda bekerja.
Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!