Boleh Ke Boss Potong Gaji Pekerja Datang Lambat?

Antara perkara yang sangat ditakuti pekerja adalah bila boss cakap ingin potong gaji sebab datang lambat atau ugut tolak gaji bila rehat terlalu lama melepasi tempoh waktu rehat ditetapkan company.

Secara dasarnya boss TIDAK BOLEH potong gaji pekerja yang datang lambat atau tolak gaji sebab pekerja berehat terlalu lama, tapi ini tidak bermakna majikan tiada hak untuk mengurangkan pembayaran gaji untuk bulan tersebut.

Potongan Gaji Yang Dibenarkan

Jika dilihat pada Akta Kerja 1955, Seksyen 24(1) mengatakan tiada potongan boleh dibuat majikan daripada gaji seorang pekerja selain daripada yang terkandung dalam undang-undang kerja. Potongan tersebut adalah,

  • Caruman untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) / Employees Provident Fund (EPF)
  • Caruman untuk Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) / Social Security Organisation (SOCSO)
  • Caruman Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) / Employment Insurance System (EIS)
  • Potongan Dana Pembangunan Sumber Manusia / Human Resource Development (HRDF)
  • Potongan Cukai Bulanan (PCB) / Monthly Tax Deduction (MTD)

Selain daripada yang dinytakan atas, majikan tidak dibenarkan untuk buat potongan lain pada gaji pekerja sesuka hati. Ini termasuk juga potongan-potongan lain contohnya untuk insuran peribadi company atau potongan untuk tabung haji tanpa persetujuan pekerja.

Situasi yang membolehkan boss untuk membuat potongan terhadap gaji pekerja, mengikut Akta Kerja 1955 hanyalah apabila,

  1. Majikan terlebih bayar gaji dan mesti ditolak dalam masa 3 bulan selepas terlebih bayar
  2. Potongan gaji untuk pekerja yang telah diberhentikan untuk hari yang tidak lagi bekerja
  3. Potongan gaji dari pendahuluan gaji oleh pekerja

Mudah kata di sini boss tidak boleh potong atau tolak gaji pekerja sesuka hati walaupun ketika pekerja datang lambat atau sebab pekerja ambil waktu rehat terlalu lama. Gaji merupakan hak pekerja yang boss wajib bayar penuh sebagai bayaran atas perkhidmatan.

Bila Boss Boleh Tolak Gaji?

Macam yang dibincangkan awal tadi, boss tidak boleh potong atau tolak gaji pekerja sesuka hati jika tidak disebabkan situasi yang dibenarkan dalam Akta Kerja 1955. Sebaliknya boss boleh ambil tindakan disiplin sahaja atas pekerja yang datang lambat.  

Tetapi mengikut Akta Kerja 1955 juga boss berhak untuk tidak membayar gaji pekerja untuk hari yang pekerja tidak bekerja seperti ketika mengambil unpaid leave. Suka diingatkan jika pekerja yang ambil unpaid leave tidak akan dibayar gaji penuh.

Contoh pengiraan unpaid leave adalah seperti berikut:

Gaji Kasar / Hari Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Bekerja = Gaji Bulanan

Gaji Kasar / Hari Bekerja Dalam Bulan x Jumlah Hari Pekerja Tidak Hadir Bekerja

Situasi: Anda bekerja dengan Company A dan menerima jumlah gaji kasar sebanyak RM2,500. Pada bulan April (memiliki 30 hari), anda mengambil 5 hari unpaid leave atas sebab peribadi. Maka pengiraannya gaji anda adalah seperti di bawah.

RM2,500 (Gaji Kasar) / 30 (Hari Dalam Bulan) x 24 (Hari Pekerja Bekerja) = RM2,00 (Gaji Bulanan)

RM2,500 (Gaji Kasar) / 23 (Hari Bekerja Dalam Bulan) x 5 (Hari Pekerja Tidak Hadir Bekerja) = RM543.48

Kerja-Kerja Kosong Dengan Gaji Menawan Semua di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, majikan tidak boleh tolak gaji pekerja sesuka hati tanpa sebab munasabah. Potongan atau penolakan yang boss boleh buat pada gaji pekerja mesti mengikut penetapan pada Akta Kerja 1955 sahaja.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!