Soft Skill Penting Semua Pekerja Perlu Ada

Tempoh hari ada dikongsikan tentang skill-skill yang perlu ada dalam resume dan sebelum itu juga ada dibincangkan tentang skill-skillin demand’ yang pekerja perlu kuasai untuk tahun 2024 serta yang mendatang.  

Kali ini pula akan dirumuskan pula soft skill yang fresh grad dan pekerja perlu kuasai bagi improve kredibiliti diri, seterusnya mengukuhkan portfolio pada resume dan meningkatkan peluang anda untuk diambil bekerja dengan company.

Apa Itu Soft Skill?

Soft skill atau juga dikenali sebagai power skill, common skill atau core skill merupakan kemahiran seseorang individu mempersembahkan diri (self-representation) dalam berinteraksi dengan orang lain. Mudah kata ia adalah kemahiran seseorang membawa diri.

Antara komponen soft skill adalah seperti berikut:

  • Komunikasi
  • Personaliti 
  • Interpersonal 
  • Kreativiti 
  • Kemahiran Berpasukan
  • Kemahiran Penyelesaian Masalah

Walaupun hard skill penting dan menjadi penanda aras utama yang majikan lihat dalam mengambil pekerja, namun memiliki soft skill padu boleh menjadikan anda berbeza atau unik daripada calon-calon lain.

Perlu difahamkan bahawa hard skill adalah kemahiran yang semua orang boleh belajar tetapi soft skill adalah kemahiran unik yang diperolehi melalui pengalaman dan keyakinan individu dalam membentuk perhubungan, kepercayaan dan kepimpinan.

10 Soft Skill Pekerja Perlu Kuasai

Seperti yang dikatakan awal tadi apa yang membeza anda dengan calon-calon lain adalah soft skill yang ada dalam diri. Bukan semua orang memilikinya tetapi tidak bermakna ia mustahil untuk dipelajari. Ini adalah soft skill yang mudah untuk semua orang kuasai. 

  1. Komunikasi

Skill komunikasi tidak terhad kepada kemahiran bercakap sahaja tetapi merangkumi aspek lain seperti menyampaikan idea, pandangan dan pendapatan. Malah gerak badan (body language) juga merupakan sebahagian daripada komunikasi.

  1. Pemikiran Kritikal

Keupayaan untuk menyelesaikan masalah, berfikir diluar kotak dan mencerna sutu idea atau pandangan yang diberikan merupakan skill yang semua orang perlu ada. Cara anda berfikir dan memberi jawapan kepada satu soalan boleh menujukkan pemikiran kritikal.

  1. Semangat Berpasukan

Memiliki kemahiran untuk bekerja dalam pasukan amat penting kerana banyak perkara melibatkan pekerjaan dalam team. Apabila anda memiliki kemahiran kolaborasi, pengurusan konflik dan perkongsian idea ia dapat meningkatkan dinamik dalam kumpulan.

  1. Kepimpinan 

Tidak kira sama ada anda memegang jawatan sebagai ketua atau tidak, kemahiran kepimpinan sangat diperlukan untuk diri sendiri. Seseorang yang memiliki sifat kepimpinan mampu mengawal pasukan dan emosi diri dengan baik.

  1. Kreativiti 

Sama seperti pemikiran kritikal, memiliki pemikiran kreatif juga dapat membantu anda kelihatan unik dan berbeza dengan orang lain. Kreativiti di sini bermaksud kemahiran berfikir luar kotak untuk mencari penyelesaian yang innovatif.

  1. Networking

Networking atau perhubungan amat penting dalam mengembangkan circle dan memiliki kenalan yang bagus. Jika anda memiliki circle yang baik, anda secara tidak langsung juga dapat meningkatkan diri sendiri.

  1. Perundingan

Skill perundingan (negotiation) dan pujukan (persuasion) memainkan peranan sangat penting dalam kehidupan. Ia berkait rapat dengan kemahiran anda untuk mempengaruhi orang lain untuk menerima idea dan pandangan anda.

  1. Emotional Intelligence

Kawalan emosi sangat penting dan merupakan soft skill paling utama yang setiap orang perlu miliki. Kemampuan anda untuk mengawal emosi dalam situasi konflik dan mengambil kira perasaan orang lain dapat membantu meningkatkan kemahiran-kemahiran lain.

  1. Keyakinan

Keyakinan diri amat penting di dalam situasi kerja dan kehidupan. Orang yang percaya kepada kemampuan diri dapat meningkat kemahiran kepimpinan, komunikasi dan pemikiran kritikal secara semula jadi.

  1. Kebolehsuaian

Adaptability adalah soft skill yang penting kepada semua. Terutamanya dalam situasi kerja, kebolehsuaian diri terhadap sebarang persekitaran amat penting dan sangat dihargai oleh boss dan rakan sekerja.

Gunakan Soft Skill Yang Ada Dan Dapatkan Kerja Idaman Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, semua skill-skill yang disenaraikan atas adalah kemahiran yang dimiliki oleh setiap individu. Apa yang membezakannya adalah bagaimana individu itu menggunakan skill yang betul dalam situasi yang tepat.

Dalam pada itu, jika anda sedang mencari kerja atau mahukan kerja idaman kami mengsyorkan anda untuk guna MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!