Kenal Pasti Tanda-Tanda Underpaid
Dari masa ke semasa anda mungkin tertanya-tanya adakah hasil sumbangan kerja dilakukan dibayar dengan adil dan setimpal dengan usaha diberikan. Persoalan ini mungkin lebih kuat bermain dalam minda selepas beberapa tahun bekerja, namun masih tiada kenaikan gaji.
Oleh itu, penting untuk anda mengenal pasti tanda-tanda underpaid dan mengambil tindakan yang sewajarnya bagi mendapatkan pembayaran gaji setimpal dan mencerminkan usaha atau prestasi serta sumbangan kerja yang dilakukan.
Apa Itu Underpaid?
Istilah underpaid ini merujuk kepada keadaan dimana pembayaran gaji yang diterima pekerja kurang daripada nilai pasaran semasa atau tidak setimpal jumlahnya apabila dibandingkan dengan usaha dan sumbangan kerja diberikan.
Mudah kata underpaid adalah bila anda dibayar jumlah gaji yang sedikit atau rendah daripada nilai minimum pasaran tetapi bebanan kerja dilakukan sangat berat, tidak setimpal dengan hasil usaha yang diberikan.
Tanda-Tanda Underpaid
Berikut adalah 6 tanda-tanda anda underpaid dan cara terbaik untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi mendapatkan pembayaran yang adil, setimpal dengan usaha diberikan. Suka diingatkan anda berhak untuk terima bayaran tinggi jika dirasakan layak.
- Gaji Anda Kurang Dari Nilai Purata Pasaran
Cara paling asas untuk kenal pasti sama ada underpaid atau tidak adalah dengan buat research nilai purata gaji pasaran bagi jawatan anda. Selalunya, anda boleh lihat nilai purata gaji di website dan portal cari kerja seperti MySyarikat JOBS yang iklankan jawatan kosong.
Jika anda dapati nilai purata gaji pasaran lebih tinggi dari jumlah gaji yang diterima, anda sebenarnya underpaid. Di sini anda boleh ambil tindakan sewajarnya dengan nego gaji lebih tinggi dengan syarikat mengikut nilai purata gaji pasaran yang ditetapkan.
- Tiada Kenaikan Gaji Untuk Tempoh Lama
Jika anda sudah bekerja untuk satu tempoh masa yang lama tetapi tiada kenaikan gaji diberikan secara berkala atau one-off, berkemungkinan besar anda underpaid. Hal ini kerana setiap tahun nilai purata gaji pasaran meningkat mengikut jumlah permintaan semasa.
Oleh itu, anda perlu nego kenaikan gaji dengan syarikat untuk dapatkan jumlah gaji yang layak. Pada kebanyakan kes, syarikat akan beri kenaikan gaji sekurang-kurangnya setiap tahun jadi jika anda sudah lama bekerja maka layak untuk mohon gaji lebih tinggi.
- Bebanan Kerja Bertambah Tetapi Gaji Tidak Berubah
Sama seperti point sebelum ini selalunya apabila anda bekerja untuk satu tempoh lama, bebanan kerja juga akan bertambah. Maka, sepatutnya gaji yang diberikan perlu bertambah seiring dengan penambahan bebanan kerja.
Andai bebanan kerja bertambah tetapi gaji masih tidak berubah, anda boleh nego kenaikan gaji atau mengembangkan kerjaya di tempat baru. Mungkin peluang kenaikan lebih besar di tempat baru memandangkan anda sudah memiliki pengalaman kerja yang luas.
- Rakan Sekerja Dengan Pengalaman / Pendidikan Sama Terima Gaji Lebih Tinggi
Banyak kes seperti ini berlaku di tempat kerja. Anda dengan rakan sekerja yang memiliki pengalaman, pendidikan dan jawatan sama tetapi terima gaji berbeza-beza. Kes diskriminasi gaji ini boleh berlaku tanpa mengira jawatan sebenarnya.
Jika anda dapati berlakunya kes seperti ini anda perlu bincangkan dengan pihak pengurusan dan mintak kenaikan gaji yang setimpal. Bincangkan solusinya dan bersedia untuk mendengar penjelasan atau penawaran yang bakal diberikan.
- Pekerja Baru Terima Gaji Lebih Tinggi
Juga merupakan salah satu kes yang paling banyak berlaku di tempat kerja apabila pekerja baru masuk terima gaji yang lebih tinggi daripada. Andai pekerja baru tersebut memegang jawatan lebih tinggi tidak menjadi masalah, tetapi jika berjawatan sama ia boleh datangkan perasaan tidak berpuas hati.
Maka anda perlu mengambil pendekatan yang terbaik dengan nego gaji yang setimpal jika pekerja yang baru masuk itu memiliki pengalaman yang sama tetapi gaji lebih tinggi. Jangan biarkan perasaan tidak berpuas hati tersebut dipendam sehingga jadi toksik.
- Jumlah Pekerja Berhenti Syarikat Anda Tinggi
Anda dapati ramai pekerja di syarikat berhenti dan mencari peluang pengembangan career di tempat lain? Jika jawapannya ya boleh jadi mereka sebenarnya underpaid, termasuk juga anda. Kadar berhenti kerja yang tinggi merupakan salah satu tanda syarikat gagal sustain permintaan pekerja.
Langkah terbaik yang boleh anda ambil mungkin sama seperti rakan sekerja lain untuk mencari peluang pemgembangan career di tempat baru. Walau pun sukar untuk diterima tetapi mungkin sudah tiba masanya untuk move forward.
Check Nilai Pasaran & Dapatkan Kerja Di MySyarikat JOBS
Ternyata perkara utama dalam mengenal pasti sama ada anda underpaid atau tidak adalah dengan buat research nilai purata gaji pasaran. Anda perlu tahu menilai kemampuan diri dan jangan takut untuk demand jika merasakan diri layak.
Jom research nilai pasaran anda dengan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Cari kerja-kerja yang menawarkan gaji tinggi mengikut kesesuaian anda pada satu aplikasi sahaja.
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuanya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!