Idea Kerja Part Time & Side Jobs Menarik dan Hot Untuk 2024

Memasuki tahun baru ini mesti ramai antara kita sudah mula mencari kerja. Tidak kira sama ada anda ingin mencari kerja sepenuh masa atau tengah cari side jobs untuk tambah pendapatan sedia ada, awal tahun merupakan masa yang paling sesuai.

Hal ini kerana kebanyakan syarikat sedang mula mencari bakat-bakat baru pada awal tahun selepas membuat year-end performance review pada penutup tahun lalu. Mungkin ada syarikat terpaksa kurangkan tenaga kerja dan mungkin ada juga yang perlukan penambahan.

Oleh itu, bagi anda yang sedang mencari side jobs untuk tambah income sedia ada atau mereka yang fresh grad yang mahukan kerja part-time sementara tunggu tawaran dari syarikat besar, ini adalah antara kerja-kerja hot dan menarik yang boleh dipertimbangkan.

5 Kerja Part-Time atau Side Hustle Yang Menarik

  1. Freelance

Mendahului senarai adalah kerja sebagai freelance, walaupun ada sesetengah dari masyarakat kita anggap pekerjaan ini sebagai kerja sepenuh masa namun ia sangat sesuai untuk mereka yang masih baru dan ramai juga gunakannya untuk raih side income.

Terdapat banyak jenis kerja freelance yang boleh dicuba secara part-time atau sekadar untuk tambah side income seperti:

  • Penulis kandungan (Content Writer)
  • Pereka grafik (Graphic Designer)
  • Jurugambar (Photographer)

Menariknya tentang freelance ini ia tidak memerlukan pengeluaran modal yang banyak, berbelakkan skill dan minat anda boleh mulakan kerja dengan hanya promosikan diri pada media sosial. Selain itu, freelance tidak terikat kepada kontrak jadi boleh dilakukan pada bila-bila masa. 

  1. e-Hailing dan p-Hailing

Kerja sebagai pemberi khidmat pengangkutan (e-hailing) dan penghantaran barang atau makanan (p-hailing) adalah antara pekerjaan part -time paling popular di Malaysia. Ia tidak perlukan modal besar dan boleh dilakukan pada hujung minggu.

Anda hanya perlukan kenderaan yang sesuai seperti motosikal atau kereta sahaja untuk mulakan kerja sebagai e-hailing dan p-hailing. Jatuh dalam kategori freelance, kerja ini juga ramai orang buat sebagai sepenuh masa tetapi tidak salah juga untuk dibuat sebagai part-time.

Selain itu, terdapat banyak syarikat diluar sana yang memberi perlindungan dan manfaat kepada e-hailing dan p-hailing seperti pihak KWSP yang membolehkan pekerja freelance buat caruman dan PERKESO yang berikan perlindungan.

  1. Dropship atau Affiliate 

Walaupun kerja sebagai dropship ini kelihatan kurang menarik namun tidak dinafikan dengan berlakunya pertumbuhan pesat dalam bidang e-dagang ia boleh bantu anda untuk raih keuntungan side income yang lumayan.

Bagi mereka yang influencer pula anda boleh jana side income melalui program affiliate, di mana tidak memerlukan untuk menyimpan barang seperti dropship tetapi hanya perlu promote untuk dapatkan kosimen.

Ramai sebenarnya rakyat Malaysia gunakan peluang ini untuk raih pendapatan sampingan walaupun sudah memiliki kerja sepenuh masa. Mana tidaknya tak perlu buat banyak kerja tahu-tahu dapat duit poket begitu je.

  1. Personal Shopper 

Semasa zaman pandemik dulu kerja sebagai personal shopper ini dapat perhatian yang tinggi. Walaupun kerja personal shopper ini sebenarnya wujud sebelum itu lagi, tetapi ia tidak pernah pudar dan masih ramai tawarkan perkhidmatan seperti ini.

Untuk jadi personal shopper anda hanya perlukan kenderaan untuk membeli barangan yang dipesan oleh pelanggan. Selalunya, khidmat personal shopper digunkan untuk beli barangan import yang sukar dapat.

Jika anda memiliki kerja sepenuh masa, anda juga boleh jadi personal shopper pada waktu hujung minggu kerana ia tidak terikat kepada mana-mana kontrak dan merupakan antara kerja part-time paling banyak dibuat terutamanya mereka yang sedikit berusia.

  1. Berniaga

Ada yang anggap berniaga sebagai kerja sepenuh masa dan ada juga yang anggap ia sebagai kerja part-time. Tidak kira anda pilih yang mana, berniaga adalah kerja yang fleksibel dan sangat menguntungkan.

Perlu difahamkan bahawa berniaga tidak bermaksud anda menjual kuih atau buka gerai jual nasi lemak saja, skopnya besar dan berkaitan dengan memberi perkhidmatan. Contoh bisnes berniaga yang boleh dibuat secara part-time adalah,

  • Gunting Rambut
  • Servis Potong Rumput
  • Servis Basuh Kereta
  • Servis Cat Rumah

Tiada had kepada berniaga ini dan sebarang servis yang diberikan tanpa menganggu kerja sepenuh masa boleh dianggap sebagai part-time. Anda juga boleh berniaga secara online dengan menjual barangan preloved.

Dapatkan Kerja Part Time Sesuai Di MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, terdapat banyak kerja part time yang boleh dibuat untuk tambah side income walaupun anda memiliki kerja sepenuh masa atau fresh grad yang sedang cari pengalaman. Tidak jadi salah untuk bekerja asalkan ia datang dari sumber yang betul.

Berita baik kepada anda yang sedang mencari kerja kerana MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari boleh bantu anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!