Skill-Skill Kerja Yang Diperlukan Pada Tahun 2024

Lagi beberapa hari kita akan memasuki tahun 2024 dan saban tahun pasaran pekerjaan global semakin mencabar dengan lahirnya banyak tenaga kerja baru yang berkemahiran. Tidak perlu jauh lihat sahaja di Malaysia, terdapat peningkatan jumlah tenaga kerja baru dilahirkan dalam pelbagai bidang setiap tahun.

Atas faktor itu penting untuk kita memperkasakan diri dengan skill-skill baru dan relevan dalam meningkatkan peluang serta kredibiliti diri untuk diambil bekerja. Jadinya artikel kali ini akan menyenaraikan skill-skill kerja yang ‘hot’ dan ‘demand’ pada tahun 2024 dan yang mendatang.

Skill-Skill Wajib Dipelajari Pada Tahun 2024

Kebanyakan dari kita mesti mahu dapat pekerjaan yang memberikan gaji tinggi, bukan? Selain dari pengalaman kerja yang luar, skill juga memainkan peranan dalam menentukan jumlah gaji yang boleh anda terima.

Oleh itu, ini adalah beberapa skill yang in demand dan diperlukan pada tahun 2024 serta tahun-tahun mendatang. Tidak kira anda sorang pekerja berpengalaman atau fresh grad, skill-skill ini boleh dipelajari oleh semua lapisan peringkat.

  1. Data Analysis

Dengan banyak syarikat zaman sekarang ini bergantung kepada data untuk membuat sebarang keputusan, memiliki skill dalam penganalisan data boleh meningkatkan kredibiliti anda untuk bekerja.

Skill untuk mengumpul, membaca dan menganalisis data yang besar untuk ditukarkan menjadi sumber yang mudah dibaca ini dijangka akan terus dicari majikan untuk tahun-tahun mendatang lebih-lebih dalam era internet.

  1. Artificial Intelligence (AI)

Peningkataan penggunaan AI pada zaman sekarang ini sudah tidak boleh dinafikan lagi. Disebalik ketakutan orang ramai yang AI bakal menggantikan manusia dalam dunia pekerja, penggunaannya dilihat semakin berkembang walaupu di Malaysia.

Jadi memiliki kepakaran dalam membaca atau pengaturcaraan seperti Phyton dinilai tinggi dalam pasaran, apatah lagi jika anda pandai menggunakan mesin berteraskan AI dipejabat. Lagi boss suka!

  1. Cloud Computing

Platform seperti Google Cloud, Azure atau AWS Amazon semakin mendapat minat dalam kalangan syarikat-syarikat di seluruh dunia. Kemampuan platform-platform seperti ini untuk menyimpan dan migrasikan data telah memudahkan tugasan harian pekerja.

Maka, tidak hairan skill cloud computing dipandang tinggi oleh majikan. Menariknya lagi terdapat banyak course cloud computing online yang ditawarkan secara percuma sekarang ini. Rugi jika tidak dimanfaatkan sebaiknya oleh pekerja.

  1. Digital Marketing

Salah satu elemen terpenting dalam sebarang operasi perniagaan adalah brand awareness. Apabila ramai orang mengetahui akan kewujudkan produk kita maka makin banyak keuntungan yang akan diperolehi.

Disebabkan itu skill digital marketing yang melibatkan pemasaran media sosial, iklan digital dan carian organik (SEO) semakin dapat perhatian dalam kalangan pekerja. Terdapat banyak alat pemasaran dan saluran digital yang percuma, kalau tidak dimanfaatkan rugilah.

  1. User Experience (UX) Design

Seiring perkembangan skill digital marketing, permintaan untuk kemahiran UX juga meningkat. Banyakan anda sudah berjaya memasarkan produk dan memiliki pelanggan, tentunya ada inginkan pelanggan itu kekal.

Dengan menitik beratkan UX yang baik, pelanggan akan berasa lebih senang dan seronok untuk menggunakan produk anda. Jadi jika diberikan peluang anda dinasihatkan untuk cuba raih skill UX design. Gaji yang ditawarkan untuk skill ini juga lumayan!

  1. Content Production

Skill ini sebenarnya berkait rapat juga dengan digital marketing namun lebih berfokuskan kepada sosial media. Memiliki skill content production ini boleh menaikkan ‘saham’ anda lebih-lebih lagi dalam industri kerja yang perkhidmatan dan penjualan.

Jika anda meraguinya, lihat sahaja bagaimana content creator tumbuh bagai cendawan selepas hujan sekarang ini. Malah, stesen minyak juga menitik beratkan elemen content dalam meningkatkan brand awareness syarikat.

  1. Software Development 

Pada zaman IT ini jika akan memiliki skill berkaitan software, confirm gaji 6 digit boleh jadi milik anda. Masakan tidak skill software development ini dijangka akan meletup dalam masa 5 tahun lagi dengan banyak syarikat mula beralih ke arah digital.

Tetapi suka diingatkan juga skill ini mungkin adalah yang paling mahal dalam senarai kerana course untuk mempelajarinya juga tinggi. Ia merupakan kemahiran high risk, high return jadi anda dinasihatkan untuk fikir masak-masak tentangnya.

  1. Cybersecurity 

Seperti yang dikatakan tadi kebanyakan syarikat sudah mula beralih ke arah digitalisasi, dan ini secara tidak langsung meningkatkan lagi keperluan jaminan keselamatan siber. Skill cybersecurity ini juga dijangka akan meletup dalam tempoh 5 tahun lagi.

Andai anda berminat untuk memperlajari skill ini kami nasihatkan anda untuk mulakannya sekarang kerana course ini memerlukan tempoh yang panjang untuk dilengkapkan. Tidak dilupakan juga harga untuk course ini boleh tahan mahal juga.

Raih Skill-Skill Kerja Bernilai Dengan Apply Kerja Guna MySyarikat JOBS

Kesimpulannya, skill-skill yang anda pelajari tidak kira sama ada ia mahal atau tidak sangat berguna untuk menambah kredibiliti kerja. Perlu difahamkan bahawa skill-skill yang disenaraikan di atas hanya sebahagian sahaja.

Masih terdapat banyak lagi skill-skill yang high demand dan diperlukan di luar sana. Jika anda sedang mencari peluang pekerjaan untuk menambah skill baru atau kemahiran yang sedia ada kami syorkan MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!