Ini Sebab Resume Anda Di Reject Sebelum HR Tengok

Percaya atau tidak sebenarnya satu dalam sepuluh resume yang dihantar oleh pekerja telah di reject oleh majikan atau perekrut sebelum sampai ke tangan mereka lagi. Kedengaran menakutkan, bukan?

Terdapat banyak faktor mengapa sesebuah resume itu di reject sebelum ia sampai ke tangan majikan, dan mungkin tanpa sedar anda juga sedang membuat kesalahan tersebut semasa membina resume.

Oleh itu, artikel kali ini akan bincangkan faktor-faktor yang membuatkan resume anda di reject majikan dan mengenal pasti kesalahan-kesalahan semasa membina resume yang perlu dielakkan.   

Sebab Resume Kena Reject

Macam yang pernah dikongsikan sebelum ini dalam tajuk contoh menulis resume ATS-friendly,  keterjelasan (visibility) dan kata kunci (keyword) adalah 2 elemen penting dalam membina sebuah resume.

Tidak dilupakan juga resume yang anda buat mesti lengkap dan dipadatkan dalam satu muka surat. Maksud padat di sini bukannya anda campak semua benda dalam satu resume, tetapi isi yang dibentangkan cukup untuk menjelaskan kredibiliti diri.

Jika anda rasa resume yang dibuat sudah mengikuti kedua-dua elemen visibility dan keyword namun masih kena reject, kemungkinan anda ada terbuat kesalahan-kesalahan seperti yang berikut:

  1. Tidak ATS-Friendly

Maksud tidak ATS-friendly di sini adalah resume yang anda buat memiliki gambar-gambar icon yang terlalu besar sehingga gagal untuk sistem mengenal pasti keyword yang ditetapkan. Atau boleh jadi juga keyword yang digunakan tidak padan dengan jawatan yang dimohon.

  1. Tidak Sesuai Dengan Jawatan Dimohon

Mungkin resume yang anda buat penuh dengan kata kunci penting yang boleh mengambaran kredibiliti kerja anda, namun sayangnya jawatan yang dimohon pula mungkin tidak perlukan skill tersebut. Contohnya, anda letak keyword berkaitan marketing tapi mohon jawatan engineering.

  1. Tidak Ikut Format dan Struktur Yang Betul

Sekali lagi diingatkan mungkin anda sudah memasukkan keyword yang betul dan tepat dalam resume namun jika struktur atau susunannya bersepah, maka sistem akan tetap gagal untuk membacanya. Juga boleh jadi kes format yang anda gunakan seperti tulisan menyukarkan proses pembacaan.

  1. Tidak Menarik Perhatian

Sebelum resume anda masuk ke dalam mesin ATS, ia akan sampai di tangan majikan dan perekrut terlebih dulu. Kalau resume tersebut tidak menarik perhatian dan terlalu dull pastinya dari awal lagi sudah kena reject apatah lagi sebelum sempat dibaca oleh mesin.

Kesalahan Pada Resume Yang Patut Dielakkan

Baiklah, kini sudah tiba masa untuk perbaiki resume anda! Jika anda rasa resume yang dibuat ada melakukan kesalahan-kesalahan yang disenaraikan di bawah, maka dinasihatkan untuk memperbaikinya.

Ingat, resume yang baik adalah resume yang sering dikemaskini dan up-to-date. Ia bukan semata-mata mencampakkan keyword dan mudah dibaca sahaja. Nak senang dapat kerja kenalah rajin berusaha perbaiki diri.

Antara kesalahan yang perlu dielakkan semasa membuat resume adalah,

  • Typo: Double check penulisan yang dibuat dalam resume
  • Infomasi Tidak Penting: Buang informasi tidak penting seperti hobi dan minat 
  • Maklumat Tidak Dikemaskini: Update resume sekerap mungkin ikut jawatan dimohon
  • Fokus Kepada Pencapaian Sahaja: Highlight tanggungjawab dan skill terlebih dulu  
  • Data Sukar Diukur: Jangan guna point atau volume untuk mengambarkan data
  • Copy and Paste: Elak dari copy and paste semua maklumat dari internet
  • Overshare atau Undershare Pengalaman Kerja: Pastikan maklumat dibentangkan mencukupi untuk majikan dapat gambaran pengalaman kerja anda
  • Susunan dan Pembahagian Berterabur: Penting untuk buat pembahagian resume bagi memudahkan bacaan
  • Tidak Sertakan Cover Letter: Lampirkan surat sokongan sekali semasa hantar resume
  • Gambar Profile Terlalu Besar: Resume adalah tempat untuk jual kredibiliti diri bukan jual muka

Jom Gunakan Resume Anda Dengan Mohon Kerja di MySyarikat JOBS

Jelas di sini bahawa terdapat banyak perkara yang boleh anda perbaiki pada resume dalam menjadikannya lebih unik dan terbaik dalam kalangan orang-orang lain di pasaran. Segalanya terletak di tangan anda sama ada mahu atau tidak sahaja untuk jadi yang terbaik.

Mari hantar dan apply kerja menggunakan resume anda di MySyarikat JOBS, portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari ekrja dan pekerja di hujung jari!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari jawatan idaman dengan mudah, semuanya dalam satu aplikasi sahaja!

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratursan perkerjaan idaman kepada ribuan bakal berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan kerjayaan idaman anda sekarang!