Cara “Nego” Mintak Kenaikan Gaji Dari Majikan
Tidak boleh dinafikan upah wang atau gaji adalah motivasi utama setiap pekerja untuk memberikan perkhidmatannya kepada majikan. Lagi tinggi gaji yang syarikat tawarkan, lagi ramai pekerja yang inginkan jawatan tersebut.
Kebiasaannya syarikat akan berikan increment setiap setahun tempoh perkhidmatan atau bergantung KPI yang diberikan kepada pekerja itu sendiri. Polisi kenaikan gaji ini bergantung kepada syarikat jadi penting untuk anda semaknya sebelum mula bekerja.
Andai kata ada rasa gaji yang diberikan atau ditawarkan tidak sesuai dengan tahap pendidikan, jawatan, kemahiran dan pengalaman anda boleh nego kenaikan gaji pada masa-masa tertentu. Mari ikuti beberapa tip dalam merunding gaji dengan majikan di bawah.
Cara Runding Gaji Sampai Jadi
Sebelum membuat rundingan gaji penting untuk anda tahu bahawa masa terbaik buat nego adalah sebelum menerima tawaran kerja. Selalunya dalam sesi interview perekrut akan tanya berkenaan expected salary pekerja.
Anda boleh berikan nilai gaji yang dirasaikan sesuai ikut kemahiran, pengalaman dan harga pasaran semasa. Pada kebanyakan kes perekrut akan beri nilai median diantara nilai yang diminta dan ditawarkan, namun jika bernasib baik anda mungkin dapat apa yang dimahukan.
Jadi mari lihat beberapa tip nego gaji yang boleh anda gunakan ketika membuat rundingan semasa interview atau semasa year end review bersama majikan. Suka diingatkan tip-tip ini adalah panduan semata-mata.
- Beri Justifikasi Permintaan Gaji Anda
Asas kepada mana-mana rundingan adalah beri justifikasi kepada permintaan anda. Dalam nego gaji anda boleh gunakan segala alasa seperti lokasi tempat tinggal dari rumah, tahun pengalaman, tahap pendidikan, kemahiran dan sebarang sijil yang ada.
Majikan tiada sebab untuk menolak permintaan anda jika justifikasi yang diberikan kukuh dan setimpal dengan nilai gaji yang diminta. Penting untuk anda yakin dengan jawapan anda.
- Buat Kajian Tentang Harga Pasaran
Bagi menyokong sebarang permintaan gaji yang diberikan, anda boleh beri fact and figure berdasarkan kajian yang dibuat untuk jawatan yang dimohon. Kebiasaanya majikan akan letakkan nilai gaji rendah berbanding harga pasaran.
Jadinya penting untuk anda buat research sebelum membuat rundingan gaji supaya dapat tawaran yang setimpal atau sesuai dengan nilai yang anda mahukan.
- Bersedia Untuk Mendengar Tawaran
Setiap syarikat memiliki alasan tersendiri untuk nilai gaji yang ditawarkan. Penting untuk anda mendengar juga tawaran yang diberikan perekrut semasa sesi rundingan. Jika anda nak majikan dengar permintaan anda, anda juga perlu dengan permintaan mereka.
Selepas mendengar tawaran yang diberikan majikan, anda boleh buat pertimbangan untuk lihat jika ia selari dengan permintaan anda atau tidak.
- Merunding Pada Masa Yang Betul
Selain masa interview, waktu terbaik untuk buat rundingan adalah sebelum menandatangani confirmation letter selepas probation period atau semasa sesi penilaian akhir tahun. Pilih masa yang anda rasa sesuai untuk memastikan rundingan berlaku dalam suasana santai.
Jangan sesekali membuat rundingan gaji menerusi telefon atau menerusi orang tengah. Face-to-face dengan majikan untuk dapatkan kepercayaan mereka.
- Tawar Solusi Win-Win
Satu lagi asas dalam rundingan adalah tawarkan solusi yang memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak. Majikan biasanya akan berikan permintaan gaji pekerja jika pekerja juga boleh berikan prestasi kerja yang diharapkan.
Cara paling mudah nak cari win-win adalah dengan meletakkan diri anda dalam kedudukan majikan dan berikan permintaan yang masak akal.
- Kongsi Perbelanjaan Jika Perlu
Pada sesetengah kes anda boleh kongsikan perbelanjaan dan komitmen harian sebagai justifikasi permintaan gaji. Setiap orang memiliki perbelanjaan dan komitmen berbeza jadi tidak salah untuk kongsikannya.
Tetapi anda perlu ingat justifikasi perbelanjaan tersebut perlu atas dasar keperluan bukan kemahuan. Jangan disebabkan anda mahu gaya hidup T20 minta gaji tidak masuk akal pula.
- Bertanya Soalan Jika Perlu
Kebanyakan orang dalam membuat rundingan tidak bertanyakan soalan kepada pihak satu lagi. Perkara ini selalunya menyebabkan sebarang rundingan gagal di peringkat awalnya. Cuba dengarkan masalah di pihak satu lagi sebelum buat permintaan.
Apabila kedua-dua belah pihak sudah memahami antara satu sama lain, maka proses rundingan tersebut akan berjalan dengan lebih lancar.
- Jangan Ambil Tawaran Pertama
Asas paling utama dalam rundingan adalah never take the first deal kerana ini akan menamatkan sebarang proses nego sebelum ia bermula. Kuncinya adalah tawar menawar dengan menggunakan ethos, pathos dan logos termasuk rundingan gaji.
Namun, jika anda sudah berpuas hati dengan tawaran pertama yang diberikan anda boleh mengambilnya kerana ini akan mencipta hubungan kepercayaan yang baik.
Semak Nilai Gaji Pasaran di MySyarikat JOBS
Sukar sebenarnya untuk buat rundingan gaji jika anda tidak prepare dari awal. Bak kata pepatah sebelum pergi berperang asah dahulu pedangnya. Bagi anda yang ingin nego gaji buat kajian terlebih dulu tentang harga pasaran.
Gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda! Laman ini bukan sahaja memaparkan tawaran kerja kosong, tetapi memberi informasi nilai pasaran semasa.
Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.
Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!
Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!