Trend Bekerja Freelance dan Ekonomi Gig di Malaysia

Pekerja bebas atau freelance adalah individu yang bekerja tanpa diikat kontrak dengan mana-mana syarikat, dan mereka ini dikategorikan sebagai pekerja sektor ekonomi gig. Ini bermakna mereka bebas buat segala keputusan kerja dengan sendiri.

Jika suatu masa dulu pekerja freelance sering dipandang sebelah mata, kini hampir separuh daripada tenaga kerja di Malaysia adalah freelance dan mereka ini turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi negara.

Bagi anda yang berminat untuk memasuki dunia pekerja freelance, mari ikuti beberapa tip serta kelebihan dan kelemahan bekerja dalam sektor ekonomi gig.

Freelance dan Ekonomi Gig

Sebelum itu penting untuk anda faham dulu apa itu ekonomi gig. Istilah ini merujuk kepada sektor pasaran pekerja bebas untuk bekerja tanpa ada sebarang ikatan kepada mana-mana syarikat. Sebaliknya freelance beri perkhidmatan berdasarkan persetujuan kontrak.

Contoh pekerja ekonomi gig adalah seperti penunggang e-hailing dan pemandu p-hailing. Mereka ini walaupun membawa nama sebuah syarikat tetapi mereka bebas untuk memilih waktu, tempat dan masa bekerja ikut suka.

Seorang perniaga juga boleh menjadi sebahagian daripada pekerja ekonomi gig tetapi kebanyakan mereka terikat dengan komitmen perniagaan seperti masa dan tempat. Namun, mereka masih boss kepada diri sendiri.

Untuk menjadi seorang pekerja freelance bukannya mudah kerana ia memerlukan kemahiran dan kesabaran yang tinggi dalam menjalankan tugasan. Mereka yang bekerja freelance juga perlukan skill networking yang tinggi dalam membina portfolio untuk mencari pelanggan.

Ini adalah beberapa langkah yang perlu dipertimbangkan sebelum mula bekerja sebagai seorang pekerja freelance.

  1. Ketahui bidang atau niche mengikut kemahiran
  • Terdapat banyak niche dalam pasaran jadi anda boleh pilih berdasarkan kemahirna yang ada seperti bidang pemasaran atau bidang perniagaan
  1. Bina portfolio melalui kemahiran networking
  • Seorang freelance perlu memiliki portfolio yang baik untuk tarik perhatian pelanggan, jadi penting untuk bina networking bagi mencari calon pelanggan
  1. Letakkan struktur pembayaran
  • Perkara penting bagi seorang freelance adalah meletakkan harga atas perkhidmatannya bagi memudahkan pelanggan membuat keputusan
  1. Cari pelanggan 
  • Proses terakhir adalah mencari pelanggan itu sendiri, freelancer perlu rajin pasarkan diri untuk mendapatkan pelanggan yang bersesuaian

Kedengaran agak mudah bukan untuk menjadi seorang pekerja freelance, tetapi realitinya tidak indah seperti yang disangka. Terdapat kelebihan dan kekurangan yang tersendiri apabila bekerja sebagai freelance ini.

Kelebihan Freelance

  • Waktu kerja fleksibel

Seorang freelancer bebas untuk bekerja pada bila-bila masa, di mana-mana dan pada hari apa tanpa perlu risau dimarahi oleh sesiapa. Kebebasan untuk mengatur waktu kerja ini menjadikan ia faktor utama kebanyakan individu pilih jadi freelance.

  • Bebas memilih kerja

Bergantung kepada kemahiran dan niche, seorang freelancer boleh memilih pelanggannya. Ini bermakna jika individu itu berkemahiran dalam pasaran beliau boleh pilih pelanggan dari latarbelakang sama tanpa perlu belajar skill baru.

  • Bebas buat keputusan

Sama seperti fleksibaliti kerja dan pemilihan kerja, sebarang keputusan oleh seorang freelance tidak perlu dapatkan persetujuan atau kelulusan sesiapa. Freelancer memiliki kawalan penuh untuk bekerja mengikut produktiviti diri.

  • Keuntungan tidak perlu dikongsi

Antara selling point utama bekerja sebagai freelancer adalah sebarang keuntungan dan hasil upah yang diterima tidak perlu dikongsi dengan orang lain. Apa yang diterima adalah 100% milik freelancer tersebut.

Kelemahan Freelance

  • Pendapatan tidak konsisten

Pendapatan seorang freelance bergantung kepada pelanggan yang ada, andai tiada pelanggan jadinya tiada pendapatan. Ini merupakan risiko terbesar sebagai seorang freelancer dan perlu ditelan jika mahu memasuki ekonomi gig.

  • Risiko pengangguran

Apabila ketiadaan kerja untuk satu tempoh masa, individu itu boleh dianggap sebagai seorang penganggur. Ketiadaan pendapatan daripada hasil kerja boleh menyukarkan seseorang untuk untuk membiayai komitmen hidup.

  • Perlu bekerja lebih masa

Walaupun terdapat kebebasan waktu kerja ini tidak bermakna seorang freelancer tidak terikat dengan masa. Ini kerana bagi menampung komitmen hidup freelancer perlu mengambil 2 kerja dalam satu masa dan ini boleh menambahkan kerja sekaligus.

  • Tiada faedah syarikat

Sungguhpun freelancer kini ada ditawarkan faedah persaraan, mereka tidak akan dapat menikmati faedah lain seperti pemberian bonus prestasi atau tahunan dari syarikat. Ia secara tidak langsung boleh membuatkan pekerja tertekan.

Kerja Freelance dan Tetap Semuanya Ada Di MySyarikat JOBS

Sebarang keputusan yang anda buat sama ada untuk menjadi freelancer  atau bekerja di bawah majikan terdapat kepada diri sendiri. Jika anda rasa risiko yang ada tidak seterus kelebihan sebagai freelancer, maka boleh memasuki ekonomi gig.

Jika anda tercari-cari kerja yang sesuai sama ada freelance atau bermajikan boleh gunakan MySyarikat JOBS,portal pekerjaan yang memudahkan proses mencari kerja dan pekerja hanya di hujung jari anda!

Di sini majikan boleh mencari bakal pekerja berbakat untuk syarikat, dan pekerja juga boleh mencari kerja idaman dengan mudah semuannya dalam satu aplikasi sahaja.

Dengan platform yang selamat, mudah digunakan dan mesra pengguna, MySyarikat JOBS boleh menghubungkan ratusan pekerjaan idaman kepada ribuan bakat berpotensi di luar sana!

Layari mysyarikat.jobs dan dapatkan pekerjaan idaman anda sekarang!